Friday, September 30, 2011

ingat, fikir & cakap

a

bila kita ingat kita nak cakap
cakap yang ujud dari kiri kanan fikiran
fikiran untuk kita terus cakap tanpa ingat dan tanpa tahu akibatnya
akibatnya, cakap bila kita marah dan kita seketika lupa
lupa yang kita sedang marah
marah membuta tuli
tuli yang bukan pekak, tuli yang kurang peka
peka tentang hasrat dan niat
niat melepaskan apa yang tersirat
tersirat kesumat dendam
dendam terhadap seseorang
seseorang yang jauh yang dekat
dekat yang peribahasa kata berbau busuk
busuk yang akan jadi wangi bila kita jauh
jauh di sudut hati kita berduka
berduka mengenang nasib
nasib tidak semestinya baik
baik mungkin untuk kita tapi bukan untuk orang lain
lain situasi lain penerimaan diri
diri harus sedar kehendak jiwa
jiwa kacau jiwa kalut jiwa tenang
tenang menghadapi segala dugaan
dugaan sebenar di dunia sebenar
sebenar mana yang senang mana yang susah
susah dan tidak mudah mencari kesenangan
kesenangan dari peritan lebih bermakna
bermakna dan berguna dalam meniti kehidupan
kehidupan akhirat kehidupan dunia
dunia bukan milik kita, milik DIA
DIA mutlaknya.....
>>>>
jadi sebenarnya dengan sedikit percakapan yang tanpa beringat, tanpa berfikir, tanpa sedar...kekadang akan mendatangkan banyak keburukan dari kebaikan.  
mungkin kita akan fikir apa yang kita luahkan akan melegakan diri kita tapi kita lupa ianya membebankan orang lain yang berkemungkinan juga individu tersebut tidak pernah punya persepsi atau maksud yang serupa.
memang orang lain tidak akan faham sepenuhnya apa kehendak hati dan naluri kita tapi kefahaman akan lebih bererti jika kita boleh meluahkan dengan rasa tenang, dengan jiwa ikhlas, dalam satu bual bicara yang rasional.
sebenarnya memang kita boleh cakap apa yang terbaik untuk apa jua keadaan tapi bila kita di dalam keadaan atau situasi tersebut mungkin kita sendiri lupa dan tidak akan dapat berfikir atau bertindak secara waras ketika itu.
"easier said than done"
kita semua manusia yang terlalu biasa, yang sememangnya tanpa muskyil banyak kekurangan dalam ke-serba serbi-an.
sekiranya dapat kita memaafkan tanpa rasa curiga, apa juga kesalahan sengaja atau tidak sengaja, kitalah sebenarnya seikhlas2 manusia...
hakikatnya segala kemaafan sememangnya terbatas kerana kita semua manusia, yang ego, yang kononnya berharga diri, yang berpendirian tinggi.
tapi keadaan akan lebih parah bila ada kemaafan tapi ingatan tetap kekal difikiran tanpa dapat melupakan.
yang penting apapun percaturan kita, tindakan kita, keputusan kita...biarlah ia akan menjadikan kita manusia yang lebih matang, lebih rasional, lebih upaya memberi kebaikan kepada diri kita sendiri sepertimana kita mahu orang lain buat dan fikir tentang kita.
tidak semestinya terbaik untuk kita terbaik untuk orang lain,
tidak semestinya buruk untuk kita akan memburukkan orang lain,
tidak semestinya tangis kita untuk orang lain menangis juga,
tidak semestinya tawa kita untuk orang lain bergelak ketawa seiring kita.
kita ingat sekarang,
kita fikir sekarang,
baru kita cakap kemudian.....InsyaAllah, DIA membantu.

belajar membimbing diri :  rossi













No comments:

Post a Comment