2 situasi yang berbeza
2 perbuatan yang berlainan
mudah memaafkan
tapi mudahkah melupakan?
'maaf' bukan 1 perkara yang mudah
jika diri terasa tinggi duduknya
andai ego melampaui ukuran diri
dan jadi ikhlas kah maaf yang diminta?
jika terbit, jika hasrat, jika niat...
masih jelas ingin mengulangi...
dalam rela luar jangka
bertindan tanpa paksa
tersusun menjengkelkan
berbaris berulang giliran
cukup nisbah cukup masa
yang merasa berjiwa
yang derita apa rasa?
yang melihat apa laku nya?
yang mendengar indah kah bunyi nya?
yang memikul berat beban
yang menggalas putus harapan
mungkin mudah memaafkan
tapi mungkin sukar melupakan...
untuk terus ke hadapan
pasti ingin meninggalkan..
mudah kah itu?
maaf jenis mana mahu nya?
maaf tahap apa sangka nya?
akan jadi ikhlas kah maaf yang diberi?
atau akan memangsa diri
diri yang mahu memaafkan
namun mahukah dia melupakan?
padam segala duka
kembali seadanya
menjernihkan hati kusam
membalut luka dalam
menjernih tanpa bekam
mudah hilang kah parut lama?
mampu kah berdiam tanpa kata?
salah kah cuma bersuara?
meminta hak yang ada
itu berdosa? itu perlu guam bela?
yang menilai tanpa tauliah
yang melihat di mana sudah
yang mendengar hindari padah
yang teguh yang pasti
hak2 empunya diri...
di mana? ujud? punya? bila?
lemas bukan renang
terang dalam pudar
gusar tenang yang hilang
hampa putus harap
perlu kah sebegini ?
mesti kah jalan terus dititi
bila hati keras membatu
bila kasihan tiada belas
bila cinta berlawan arus
bila arah tanpa tunjuk
bila rajuk tak endah pujuk
berikan hak dia
nyawa kan hidup dia
kembalikan tawa dia
biarkan duka bersama dia
dia mual dijanji
dia mungkin mampu mungkin tidak
dia tak tahu apa menunggu
dia tanpa kuasa
dia berhayat sekelumit jiwa
dia redha bahagian nya
dia sedia dia bercita2
dia mahu bahagia
dia pasti berdikari
bukan sombong bukan ego
cuma mahu digapai realiti
bukan dendam bukan simpan
cuma menghindari kisah semalam
bukan benci bukan marah
alpa tidak mahu pasrah
biar keji tika ini
biar tinggi amarah naluri
tiada apa dapat kita pasti
jangan bawa lara ke mati
ampun kan dia
maaf kan dia
dia kurang dari yang lebih
dia pasti dia boleh
ikhlaskan yang payah
agar semangat patah
mampu dipapah
doakan dia
seperti mana dia mendoa
dia ingin terbang
dia mahu diri barunya
dia idam tenang jiwa
relakan
biarkan.....dia dirinya.